Arena Residence 2 oleh IOI Properties kini dibuka untuk jualan
12
Jan
2024

Arena Residence 2 oleh IOI Properties kini dibuka untuk jualan

SEPANG: Syarikat pembangunan hartanah, IOI Properties melancarkan Arena Residence 2 selepas melihat kejayaan Arena Residence fasa pertama yang terjual sebanyak 80 peratus sejak dilancarkan 12 bulan lalu.

Pengurus Besar IOI Properties, Wong Peen Fook berkata kejayaan ini menandakan minat utuh dan keyakinan tinggi pembeli rumah di kawasan Warisan Puteri Sepang.

WONG PEEN FOOK

Wong Peen Fook

Arena Residences 2 merupakan pangsapuri khidmat berstatus hak milik kekal yang dibangunkan di lokasi strategik berdekatan pasar raya, universiti, hotel dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2.

Ia menawarkan akses dan rangkaian lebuh raya bagi memudahkan pergerakan penduduk ke tempat kerja ataupun tempat beriadah di pusat bandar dan kawasan-kawasan sekitar.

Antaranya Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Dibangunkan oleh pemaju bereputasi, Arena Residences 2 menjanjikan keselesaan dan menyediakan pelbagai kemudahan dengan harga mampu milik buat pembeli pangsapuri khidmat  ini.

IOI THIRD

Arena Residences 2 terletak bersebelahan dengan hab komersial Arena Xchange yang mempunyai kedai berkonsep seperti Lotus's, restoran-restoran, kedai perabot, kedai barangan elektrik dan elektronik, klinik dan sebagainya.

Selain itu, penghuni-penghuni Arena Residences 1 dan 2 juga dapat meluangkan masa di Starbucks Coffee dan mengunjungi kedai-kedai ternama lain yang bakal dibuka bagi meningkatkan daya tarik kawasan bagi pemilik perniagaan dan memperkayakan gaya hidup komuniti setempat.

IOI PLAYGROUND

Dijangka siap pada suku keempat 2026, Arena Residences 2 dilengkapi kemudahan seperti kolam renang, ruang landskap yang indah, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan pelbagai fasiliti untuk dinikmati seisi keluarga.

Perabot percuma

Pangsapuri khidmat di tapak seluas kira-kira 3.12 ekar ini terdiri daripada 169 unit di blok pertama serta 175 unit di blok kedua.

IOI LivingDining

Setiap unit menawarkan keluasan binaan daripada 603 hingga 1,001 kaki persegi dengan susun atur praktikal merangkumi dua, tiga dan empat bilik tidur.

Semua unit akan diperuntukkan dua tempat letak kereta dengan harga jualan bermula daripada RM250,000.

Sempena pelancaran fasa kedua ini, bakal pembeli dapat menikmati tawaran terhad pakej separa berperabot yang terdiri daripada peti sejuk, kabinet dapur, almari pakaian, penghawa dingin, kipas serta lampu.

Pakej separa berperabot ini pastinya akan memberi penjimatan tambahan kepada pembeli selain mengurangkan beban untuk melengkapi keperluan asas dalam rumah.

Konsep dwi kunci juga diperkenalkan bagi unit empat bilik seluas 1,001 kaki persegi.

Ia boleh dijadikan sebagai pelaburan, sewaan, atau kediaman sendiri yang membolehkan keluarga berbilang generasi tinggal di bawah satu bumbung.

Dengan adanya susun atur fleksibel ini, bakal pembeli boleh tinggal bersama ahli keluarga atau penyewa tetapi masih dapat mengekalkan ruang peribadi masing-masing.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Arena Residences 2, layari www.ioiproperties.com.my/warisan-puteri-sepang/arena-residences-2 atau hubungi 03-8705 9989 untuk melawat galeri jualan di IOI Galleria @ Warisan Puteri, Sepang serta mengunjungi rumah contoh.

Source: Berita Harian

Search