Polisi Privasi

Perlindungan Data Peribadi anda amat penting kepada kami. Kami hormat dengan keperluan perlindungan maklumat sulit dan privasi setiap individu dan melakukan yang terbaik untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturannya, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa (“PDPA”), dan apa jua peraturan berkaitan perlindungan data.

Polisi Privasi (“Polisi”) ini menggariskan bagaimana IOI Properties Group Berhad (No. Pendaftaran 201301005964 (1035807-A)) dan syarikat-syarikat subsidiarinya (“IOIPG”, “kami” atau “kita”) mengumpul, mengguna, memproses dan mendedahkan Data Peribadi.

Untuk mengelakkan keraguan, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, tidak ada satu pun bahagian dalam Polisi ini yang menetapkan sebarang liabiliti bersama dan berpihak kepada mana-mana entiti dalam IOIPG.

Secara umum, kami memproses Data Peribadi dalam Polisi ini untuk satu tujuan atau lebih daripada satu tujuan yang telah dikenalpasti, berdasarkan kepada kebenaran yang anda telah berikan. Asas yang sah untuk memproses Data Peribadi ini juga bahawa ia perlu untuk kepentingan sah yang akan kami atau pihak ketiga laksanakan, seperti dinyatakan dalam Perenggan 4 dalam Polisi ini. Keperluan ini termasuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, yang mana anda merupakan pelanggan atau anda menguruskan perhubungan dengan IOIPG, dan juga untuk tujuan pentadbiran. Dalam sesetengah keadaan, peruntukan dan pemprosesan Data Peribadi ini diperlukan untuk melaksanakan apa jua kontrak yang telah anda persetujui dengan kami, atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan yang anda minta.

1.1 Bagi tujuan penyediaan Polisi ini, “Data Peribadi” mempunyai tanggapan seperti yang dimaksudkan dalam PDPA. Ini bermakna setiap maklumat ini adalah berkenaan transaksi komersial, termasuk:

(a) yang diproses sepenuhnya atau sebahagian secara kendalian automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan untuk tujuan tersebut;

(b) yang direkodkan dengan hasrat ia akan diproses sepenuh atau sebahagiannya melalui kemudahan yang berkaitan; atau

(c) yang direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan atau dengan tanggapan ia seharusnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan.

1.2 “Data Peribadi” bermaksud data atau maklumat mengenai anda, bagaimana anda boleh dikenalpasti sama ada daripada data sahaja atau gabungan dengan maklumat lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(a) nama anda, nombor pengenalan pendaftaran negara (NRIC), nombor sijil kelahiran, nombor pasport atau nombor pengenalan lain, alamat surat menyurat, alamat e-mel, nombor telefon, imej muka dalam gambar, cap jari dan sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan anda, yang anda telah serahkan kepada kami dalam sebarang bentuk;

(b) latarbelakang pendidikan, minat, sejarah pekerjaan dan tahap pendapatan anda; IOI Properties Group Berhad Polisi Privasi

(c) maklumat berkenaan pembayaran seperti butiran akaun bank atau kad kredit dan sejarah kredit anda; dan

(d) maklumat mengenai penggunaan laman sesawang dan perkhidmatan kami termasuk “cookies”, alamat IP, dan butiran keahlian.

1.3 Jenis Data Peribadi yang dikumpulkan bergantung kepada bentuk urus niaga atau transaksi anda dengan IOIPG.

2.1 Kami akan mengumpulkan Data Peribadi anda daripada anda menerusi pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan yang berikut iaitu apabila anda:

(a) menyerahkan borang pendaftaran (secara elektronik atau bercetak) yang berkaitan dengan mana-mana produk kami (pelancaran baharu atau jerayawara hartanah, pameran atau sebarang acara promosi) atau perkhidmatan, atau mengemukakan apa jua pertanyaan secara dalam talian;

(b) mendaftarkan untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan laman sesawang yang dimiliki atau dikendalikan oleh kami, atau apabila anda mendaftar sebagai ahli di manamana laman sesawang atau aplikasi mudah alih milik kami atau yang kami kendalikan;

(c) mendaftar untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan, termasuk akses kepada hartanah kami atau menggunakan apa jua kemudahan dalam hartanah kami, atau mendaftar untuk menginap di hotel-hotel kami;

(d) menggunakan atau membeli perkhidmatan atau produk-produk kami;

(e) memasuki atau membuat pembayaran melibatkan sebarang transaksi dengan kami;

(f) berinteraksi dengan pegawai-pegawai perkhidmatan pelanggan kami secara bersemuka, panggilan telefon, surat-menyurat, borang dalam talian di bahagian “hubungi kami” dalam laman web kami, perbualan dalam talian, platform mudah alih, e-mel dan interaksi perniagaan di mana-mana acara;

(g) mendaftar atau mengemas kini mana-mana akaun dalam talian dengan kami;

(h) memberi maklum balas terhadap permintaan kami untuk tambahan Data Peribadi;

(i) melanggan senarai pengeposan kami;

(j) memberi maklum balas kepada promosi dan lain-lain insiatif kami;

(k) menyertai peraduan, acara dan tinjauan atau penyelidikan pasaran yang kami anjurkan; (l) menyerahkan borang permohonan pekerjaan;

(m) telah dirujuk oleh rakan kongsi perniagaan kami dan/atau pihak ketiga;

(n) melayari laman sesawang kami seperti “cookies”; dan

(o) menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami untuk apa jua urusan.

Perkara di atas bukannya menyeluruh, namun ia menjadi kebiasaan kepada beberapa keadaan ketika Data Peribadi anda dikumpulkan.

2.2 Sebagai tambahan kepada perkara di atas, dalam keadaan tertentu kami mungkin menggunakan pelbagai teknologi bagi mengumpulkan secara automatik maklumat mengenai aktiviti anda dalam aplikasi mudah alih (jika ada), seperti suar sesawang, piksel jelas atau piksel tag, geolokasi teknologi dan kod tindak balas pantas (QR).

2.3 Sensitiviti Data Peribadi Ada di antara Data Peribadi yang kami kumpulkan mungkin bersifat sensitif. Ini mungkin termasuk data mengenai bangsa, agama, latar belakang (termasuk rekod kewangan dan jenayah, yang dibenarkan dari segi undang-undang), maklumat kesihatan, ketidakupayaan, status perkahwinan dan data berkaitan biometrik. Data Peribadi sensitif ini kami kumpulkan hanya dengan persetujuan anda dan/atau jika ia mematuhi undang-undang yang digunapakai. Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan dokumen atau maklumat untuk apa jua tujuan (seperti yang dijelaskan di bawah), yang mungkin mengandungi Data Peribadi sensitif (yang tidak diperlukan untuk tujuan sebenar), anda boleh menyunting Data Peribadi sensitif ini sebelum menyerahkannya kepada kami.

2.4 Pemberian Data Peribadi Pihak Ketiga oleh Anda Jika anda mengemukakan Data Peribadi pihak ketiga kepada kami, anda mewakili, menjamin dan mengesahkan bahawa:

(a) sebelum mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada kami, anda akan dan telah mendapat persetujuan daripada individu yang terlibat, bagi membolehkan anda memberikan maklumat Data Peribadinya untuk satu atau lebih daripada satu tujuan; dan membenarkan kami untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data individu tersebut;

(b) sebarang Data Peribadi individu yang didedahkan kepada kami adalah tepat; dan

(c) anda bertindak secara sah bagi pihak individu berkenaan dan anda mempunyai kuasa untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami.

3.1 Untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang berkesan seperti yang diperlukan, kami perlu mengumpulkan pelbagai Data Peribadi tentang anda. Tertakluk kepada undang-undang, secara umumnya kami akan atau mungkin menggunakan, mendedahkan, dan/atau memproses Data Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada satu tujuan seperti yang berikut:

(a) menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang telah anda pohon dan/atau daftarkan;

(b) menyediakan akses kepada hartanah atau kemudahan dalam senarai hartanah kami;

(c) memudahcara, melaksanakan dan/atau memuktamadkan (termasuk pemprosesan sebarang bentuk bayaran berkaitan) transaksi dengan kami;

(d) berkomunikasi dengan anda dan memberi maklum balas terhadap sebarang persoalan, permohonan dan aduan;

(e) memproses permohonan anda untuk sebarang bentuk akaun dan mengekalkan akaun anda dengan kami;

(f) memudahcara program kesetiaan pelanggan IOIPG;

(g) mengesahkan atau mengemas kini butiran peribadi anda;

(h) mengendalikan ketekunan wajar, penilaian risiko dan/atau semakan latarbelakang atau kredit;

(i) menyediakan maklumat tentang produk dan perkhidmatan IOIPG, atau perniagaan rakan-rakan kongsinya yang mungkin menarik minat anda;

(j) memaklumkan kepada anda tentang prestasi kami serta produk dan perkhidmatan yang kami sediakan melalui pekeliling, laporan, surat berita dan berkomunikasi;

(k) memudahcara penyertaan anda dalam peraduan dan sebarang acara kami;

(l) mengekalkan hubungan pelanggan;

(m) membantu kami menyemak, menambah baik, menguruskan kaedah penyampaian dan meningkatkan produk dan perkhidmatan kami termasuk menganalisis keperluan pelanggan masa hadapan, mengendalikan penyelidikan pasaran dan penganalisaan data;

(n) memudahkan transaksi perniagaan yang mungkin termasuk penggabungan, pengambilalihan atau penjualan aset;

(o) berkomunikasi dengan anda mengenai perubahan dan kemajuan kepada dasar, terma dan syarat kami serta lain-lain maklumat pentadbiran. Ini termasuk memberi perkhidmatan berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda;

(p) mengendalikan dan/atau menyelesaikan aduan atau pertikaian, mengendalikan dan memudahkan penyiasatan;

(q) mengelak, mengesan serta menyiasat pelanggaran keselamatan dan jenayah termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan lain-lain risiko komersial;

(r) melindungi dan menguatkuasakan hak dan obligasi kontraktual serta undang-undang kami;

(s) mengurus dan mengekalkan rekod yang bersesuaian serta pematuhan kepada polisi dan prosedur dalaman;

(t) pematuhan kepada mana-mana peraturan dan undang-udang, kod amalan atau garis panduan atau membantu dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan

(u) tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan perkara di atas.

3.2 Tujuan di atas bukan menyeluruh dan bergantung kepada bentuk hubungan anda dengan kami. Kami akan mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan tambahan yang akan dimaklumkan kepada anda selari dengan terma dan syarat yang berkaitan.

 

4.1 Data Peribadi anda akan dilindungi dan dirahsiakan, tetapi bergantung kepada peruntukan sebarang undang-undang yang terpakai. Data Peribadi anda juga mungkin didedahkan kepada pihak ketiga bergantung kepada produk dan/atau perkhidmatan yang berkenaan. Senarai pihak ketiga ada dinyatakan di bawah. Pendedahan seumpamanya mungkin bergantung kepada keperluan undang-undang tambahan di bawah peraturan yang terpakai, mengikut jenis pemindahan kepada pihak ketiga. Dalam setiap keadaan, Data Peribadi anda hanya akan didedahkan setakat yang perlu.

4.2 Pihak ketiga ini adalah:

(a) bahagian, jabatan atau entiti-entiti lain dalam IOIPG;

(b) ahli gabungan, rakan kongsi, rakan perniagaan, pelabur dan/atau penerima serah atau penerima pindahan yang bertindak sebagai pemudah cara transaksi aset perniagaan (termasuk penggabungan, pengambilalihan atau jualan aset);

(c) ejen, kontraktor, perunding, penyedia perhidmatan pihak ketiga dan pakar penasihat yang telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan dengan kami seperti pengurusan, pentadbiran, kewangan, perundangan, audit, insurans, penyelidikan, telekomuniasi, utiliti awam, teknologi maklumat, pembayaran, latihan, penyelidikan dan penyimpanan;

(d) Badan Pengurusan Bersama, Perbadanan Pengurusan dan syarikat pengurusan hartanah bagi penyelenggaraan dan pengurusan hartanah-hartanah kami;

(e) Pihak berkuasa kerajaan, pengawal selia atau penguatkuasa undang-undang yang berkaitan untuk pematuhan apa jua undang-undang atau peraturan yang dikenakan oleh kerajaan;

(f) bank, institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan masing-masing;

(g) agensi pelaporan kredit atau sekiranya berlaku kemungkiran atau pertikaian, mana-mana agensi kutipan hutang atau pusat penyelesaian pertikaian; dan

(h) mana-mana pihak lain yang anda persetujui, seperti yang anda tetapkan atau kami akan maklumkan kepada anda dalam notis yang berikutnya.

4.3 Kami memerlukan organisasi yang memperoleh atau memproses Data Peribadi sebagai penyedia perkhidmatan kami untuk mengesahkan kerahsiaan data ini, berjanji untuk akur dan patuh kepada PDPA dan apa jua undang-undang perlindungan data yang digunapakai. Sebagai keperluan di bawah peraturan ini, kami telah membuat perjanjian khusus dengan pihak ketiga yang berkenaan untuk mengawal selia dan melindungi hak perlindungan data anda, dan juga memerlukan organisasi ini untuk menggunakan maklumat hanya untuk Tujuan yang telah ditetapkan.

Data Peribadi anda mungkin akan disimpan dalam pelayan luaran di luar negara atau di negara yang bukan pemastautin anda. Dalam menjalankan perniagaan, kami mungkin perlu untuk berkongsi maklumat mengenai anda dengan syarikat yang ada hubungan dengan kami dan penyedia pihak ketiga. Ada di antara syarikat-syarikat ini mungkin beroperasi di luar Malaysia. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan Data Peribadi anda yang dipindahkan ke negara luar akan dilindungi dengan sebaiknya. Kami juga akan memastikan sebarang pemindahan akan mematuhi keperluan undang-undang perlindungan data yang digunapakai.

6.1 IOIPG komited untuk mengambil apa jua langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda sentiasa terpelihara dan selamat, serta mengambil langkah pentadbiran dan keselamatan, polisi dan prosedur yang sewajarnya. Ini bagi mencegah sebarang pemprosesan yang tidak dibenarkan dan/atau menyalahi undang-undang, kehilangan, kemusnahan atau kerosakan yang tidak disengajakan kepada Data Peribadi anda. Bagaimanapun, Data Peribadi anda boleh diakses oleh pekerja dengan bilangan yang terhad yang memiliki akses khas kepada sistem menerusi pengecaman dan kata laluan yang unik bagi melaksanakan tugas rasmi mereka.

6.2 Data Peribadi anda kekal diletakkan dalam sistem yang dilindungi oleh rangkaian keselamatan dan pengaturan keselamatan yang sesuai. Ini bagi mengelakkan akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran, kehilangan, kerosakan dan/atau pengubahsuaian terhadap Data Peribadi yang tidak dibenarkan.

Kami akan terus menyimpan Data Peribadi selama mana yang diperlukan untuk Tujuan khusus yang telah dikumpulkan, melainkan dibenarkan mengikut undang-undang yang digunapakai, atau untuk mempertahankan tuntutan undang-undang. Apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Tujuan berkaitan, kami akan berhenti menyimpannya selari dengan dasar pengekalan dalaman kami.

8.1 Di bawah peraturan perlindungan yang digunapakai, anda berhak untuk memohon akses dan/atau membuat pembetulan maklumat semasa terhadap Data Peribadi anda dalam simpanan dan kawalan kami. Ini boleh dilakukan dengan menghubungi jabatan di maklumat yang diberikan dalam perenggan 10 di bawah. Kami memerlukan maklumat yang secukupnya daripada anda untuk memastikan identiti dan juga keperluannya bagi membolehkan kami untuk menguruskan permohonan ini. Seperti ditetapkan di bawah peraturan perlindungan data yang digunapakai, permohonan ini akan diberikan secara percuma. Dalam semua situasi lain, kami mungkin mengenakan yuran untuk menampung kos pengesahan permohonan serta, mencari, mendapatkan dan menyalin bahan-bahan yang diminta.

8.2 Kami berhak menolak permohonan anda sekiranya peraturan perlindungan data yang digunapakai tidak membenarkan pemberian Data Peribadi tertentu. Ini bergantung kepada permohonan dan situasi tertentu apabila pembetulan tidak semestinya kami lakukan walaupun anda meminta.

9.1 Walaupun kami bergantung kepada persetujuan anda untuk menggunakan Data Peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik kebenaran ini pada bila-bila masa. Penarikan balik ini bagaimanapun tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan kepada persetujuan anda sebelum keputusan dibuat.

9.2 Kami akan memproses permohonan anda dalam tempoh yang munasabah sebaik sahaja kami mengesahkan identiti anda dan menerima arahan penarikan balik yang jelas. Dalam hal ini, jika anda menarik balik persetujuan untuk mana-mana atau semua Tujuan, bergantung kepada bentuk permohonan anda, kami mungkin berada pada kedudukan yang tidak sesuai untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi atau pertanyaan berkaitan Data Peribadi anda, atau anda mahu mendapatkan akses dan/atau membuat pembetulan kepada maklumat peribadi anda, sila hubungi kami di:

IOI Properties Group Berhad 201301005964 (1035807-A)

Alamat: Tingkat 29, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia (Untuk Perhatian: Group Marketing & Branding)

Emel: [email protected]

Nombor Telefon: +603 8680 3333

Polisi ini akan ditadbir urus mengikut semua aspek perundangan Malaysia. Untuk mengelakkan keraguan, undang-undang perlindungan data ini akan digunakan untuk pemprosesan Data Peribadi anda.

Kami akan menyemak Polisi ini dari semasa ke semasa. Kemaskini Polisi ini juga akan mengambil kira undang-undang dan teknologi baharu, perubahan kepada operasi dan persekitaran perniagaan kami. Makluman mengenai versi terkini akan disiarkan di laman sesawang dan/atau aplikasi mudah alih kami.

Search