IOI City Mall Putrajaya.
07
Aug
2026

SC lulus penubuhan, penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: IOI Properties Group Bhd (IOIPG) menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi penubuhan dan cadangan penyenaraian IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

IOIPG berkata, REIT berkenaan akan mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 5.5 bilion unit.

IOIPG REIT juga akan memperoleh portfolio hartanah dengan jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM7.57 bilion.

Pertimbangan itu akan dipenuhi menerusi penerbitan 5.5 bilion unit pada harga 90 sen seunit, bersamaan RM4.95 bilion, serta bayaran tunai RM2.65 bilion.

Bayaran tunai berkenaan akan dibiayai melalui penerbitan sukuk.

Portfolio awal IOIPG REIT merangkumi IOI City Mall, IOI City Towers dan PFCC Towers.

Ia turut merangkumi Putrajaya Marriott Hotel, Le Méridien Putrajaya, Moxy Putrajaya, Four Points by Sheraton Puchong, W Kuala Lumpur dan Courtyard by Marriott Penang.

Cadangan tawaran itu terdiri daripada kira-kira 715.61 juta unit untuk pelabur runcit.

Sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi dan terpilih.

Source: Berita Harian

Search