Pembeli rumah 2RIO Residence IOIPG bawa pulang hadiah keseluruhan RM260,000
KUALA LUMPUR: Pembeli rumah unit 2Rio Residence IOI Properties Group Bhd (IOIPG) di Bandar Puteri Puchong teruja dan gembira membawa pulang hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM260,000 termasuk kenderaan elektrik (EV) jenama BYD Seal bernilai RM179,800.
Kempen Pemilikan Rumah 2Rio Residence yang dilancarkan pada Januari lalu berakhir selepas lapan bulan dengan satu Cabutan Bertuah Hadiah Utama diadakan di IOI Galleria @ Puchong, baru-baru ini.
Hadiah Utama, sebuah kereta EV jenama BYD Seal , dimenangi Ng Chen Hoon, 56, tempat kedua, baucar percutian RM30,000, dimenangi, Chan Chong Fai, 50, manakala tempat ketiga dan keempat iaitu Seow Ming Choo, 24, serta MCR Resources Sdn Bhd masing-masing membawa pulang RM20,000 dan RM10,000.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOIPG, Teh Chin Guan, berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pembeli rumah kerana memilih 2Rio Residence sebagai kediaman keluarga dan mempercayai syarikatnya sebagai pemaju hartanah.
Beliau berkata, bandar yang dilancarkan pada 1999 merentasi estet dan kampung, akhirnya menjadi hab komersial serta didiami lebih 30,000 penduduk selepas 25 tahun.
"Pembeli kediaman 2Rio Residence juga orang pertama berpindah ke 'IOI Rio City: The City of Tomorrow' iaitu bandar mampan yang dikelilingi kehijauan dan kemudahan teknologi.
"IOI Rio City yang bakal dilengkapi pusat beli-belah IOI Rio Mall seluas satu juta kaki persegi dan dijangka dibina bersebelahan 2Rio Residence.
"Ini akan menjadi pemangkin era transformasi baharu di Puchong," katanya dalam satu kenyataan.
2Rio Residence terdiri daripada 632 unit dengan keluasan 764 hingga 1,163 kaki persegi bermula dari RM 605,000 yang direka khas menjadi lokasi strategik di tengah kesibukan bandar.
'IOI Rio City: The City of Tomorrow' seluas 100 ekar iaitu sentuhan terakhir IOIPG di Bandar Puteri Puchong pula menjanjikan tumpuan kepada kehidupan bandar maju dilengkapi bangunan moden dengan akses yang strategik ke lebuh raya utama.