Sinar Harian 20250530 IOIPG The Pentagon
30
May
2025

IOI Properties bakal lancarkan fasa terbaharu The Pentagon

PUTRAJAYA - IOI Properties Group Berhad (IOIPG) bakal melancarkan fasa komersial terbaharunya iaitu The Pentagon di Bandar Puteri Bangi.

Projek yang terdiri daripada 18 unit eksklusif lot kedai dua tingkat ini menampilkan konsep berkembar berangkai (linked semi-d) dengan binaan yang luas serta siling tinggi.

Projek komersial baharu ini terletak dalam jarak berjalan kaki ke Bangi Fresco, sebuah hab gaya hidup dan runcit seluas 12.3 ekar yang diumumkan pada bulan Mac lalu dan akan diurus sepenuhnya oleh pasukan penyewaan IOIPG yang pernah memenangi pelbagai anugerah. Ia juga terletak berhampiran dengan pasar raya besar Lotus’s sedia ada di kawasan tersebut.

Menurut Pengurus Besar, Bangi & Sepang, IOIPG, Wong Peen Fook, dengan gabungan komponen seperti Kubica Square, Enigma Square, Lotus’s dan Bangi Fresco, The Pentagon menjadi nadi komersial utama bandar ini melengkapkan tawaran komersial sedia ada dengan saiz lot yang lebih besar dan ruang dalaman yang lapang.

“Konsep berkembar berangkai ini meningkatkan keterlihatan perniagaan sambil mengekalkan identiti reka bentuk semi-d. Reka bentuk yang luas ini sesuai untuk para usahawan dan perniagaan yang memerlukan premis besar seperti rangkaian F&B, bilik pameran, pusat pendidikan, bengkel kereta dan banyak lagi.

Sinar Harian 20250530 IOIPG The Pentagon 2


“Selain itu, The Pentagon turut memanfaatkan lokasi strategik Bandar Puteri Bangi yang mempunyai akses terus ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta berhampiran dengan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan lain-lain.

“Ini memberikan sambungan utama ke pusat bandar Kuala Lumpur, Putrajaya serta destinasi-destinasi penting berdekatan termasuk taman-taman perindustrian,” katanya.

Ruang yang luas dan rekaan mesra perniagaan

Projek seluas 4.47 ekar ini dinamakan The Pentagon sempena bentuk tanah yang dikongsi bersama Kubica Square, dengan elemen reka bentuk geometri yang moden diterapkan pada fasad bangunan.

Saiz lot yang ditawarkan adalah antara 45’ x 70’ hingga 50’ x 70’, jauh lebih besar berbanding pembangunan sekitarnya, dengan ketinggian siling 14 kaki di aras bawah dan 12 kaki untuk tingkat atas, sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan. Harga kasar bagi setiap unit bermula daripada RM3.6 juta.

“Keluasan binaan antara 5,545 kaki persegi hingga 7,046 kaki persegi ini dilengkapi dengan panel kaca besar yang menggabungkan ruang dalaman dan luaran sambil memaksimumkan pencahayaan semula jadi.

“Lebar unit kedai yang besar (antara 45’ hingga 50’) turut meningkatkan keterlihatan untuk pemilik dan pelabur. Laluan kaki lima terbuka selebar 15 kaki pula membantu pergerakan dan aliran pengunjung,” kata Wong lagi.

Ujarnya, setiap unit turut dilengkapi akses pintu pengatup belakang (roller shutter) untuk memudahkan urusan muatan dan pemunggahan barang. Sebanyak 263 petak parkir disediakan untuk keselesaan pelanggan, dengan purata sekitar 15 lot parkir bagi setiap unit kedai. Ini termasuk empat petak parkir untuk kenderaan elektrik (EV) selaras dengan trend mobiliti hijau masa kini.

Memanfaatkan potensi Bandar Puteri Bangi di Selatan Lembah Klang

Menurut Wong, sebagai sebahagian daripada Bandar Puteri Bangi, The Pentagon mendapat manfaat daripada pertumbuhan penduduk di kawasan Selatan Lembah Klang, dengan anggaran populasi tangkapan melebihi 680,000 orang dari kawasan sekitar serta 360 ekar kawasan bandar yang telah siap dengan lebih 2,000 unit kediaman diserahkan dan anggaran lebih 5,000 penduduk menetap.

Sinar Harian 20250530 IOIPG The Pentagon 3


“The Pentagon bakal menikmati manfaat daripada Bangi Fresco, hab runcit baharu yang akan menawarkan 100,000 kaki persegi ruang boleh disewa. Ini termasuk 24 unit kedai, lima restoran tepi tasik, kawasan makan al fresco, empat laluan pandu-lalu, serta pasar runcit seluas 19,000 kaki persegi.

“Ia juga menempatkan ruang acara 10,000 kaki persegi dan sebuah gimnasium, menjadikan Bangi Fresco sebagai destinasi gaya hidup sehenti untuk komuniti.

“Kehadiran institusi pendidikan berdekatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Nilai serta sekolah rendah dan menengah juga menyumbang kepada kepelbagaian demografi yang kukuh untuk bandar ini – dari segi keluarga, pelajar dan pekerja sokongan – yang membentuk populasi tangkapan sedia ada untuk para peniaga,” katanya lagi.

Kini, Bandar Puteri Bangi menawarkan pelbagai pilihan kediaman dan komersial yang seimbang, daripada rumah mewah jenis bertingkat dan bertanah seperti Arawani dan Caladia, hinggalah kepada pejabat kedai 3 dan 4 tingkat seperti Enigma Square.

Selain itu, ujar Wong kawasan hijau dan ruang awam di seluruh kawasan perbandaran turut menyediakan tempat interaksi sosial berdekatan alam semula jadi, seperti Oasis Park, kawasan tasik yang tenang dengan lebih 90 spesies flora dan fauna serta Geopark, kawasan rekreasi hijau dengan trek joging dan padang bola.

“Menjelang masa depan, kami merancang beberapa pelancaran menarik di Bandar Puteri Bangi dalam bulan-bulan akan datang, termasuk satu kawasan kediaman tepi tasik dengan rumah bertanah dan hab komersial bersepadu tersendiri,” kata Wong.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bandar Puteri Bangi dan menyertai komuniti yang sedang berkembang ini, klik di sini.

Source: Sinar Harian

Search