101 Industrial Park @ Banting dibangunakan dengan GDV sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh lima tahun.
05
Jan
2026

IOI Industrial Park @ Banting, strategik untuk kargo udara

IOI Properties Group Berhad (IOIPG) menawarkan taman perindustrian baharu, 101 Industrial Park @ Banting (IOIIPB) yang berkeluasan 130.3 hektar terletak 15 kilometer dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Taman perindustrian itu menjadikannya lokasi strategik bagi industri yang bergantung kepada kargo udara seperti barangan mewah, elektronik bernilai tinggi serta bahan farmaseutikal.

Fasa pertama taman perindustrian itu yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan merangkumi 103 unit kilang yang sesuai untuk pelbagai jenis industri, manakala fasa kedua mula menerima pertanyaan tinggi daripada pelabur tempatan dan antarabangsa.

Nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh lima tahun kepada segmen industri kumpulan.

IOI Industrial Park @ Banting merupakan langkah strategik utama bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap hartanah industri hijau di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah (Malaysia) IOIPG, Teh Chin Guan berkata, projek yang dijangka menyumbang GDV sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh lima tahun ini merupakan langkah strategik bagi memenuhi permintaan kukuh terhadap hartanah industri mesra alam.

“Peningkatan minat pelabur terhadap pembangunan industri hijau adalah hasil usahaberterusan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestSelangor dengan sokongan pihak berkuasa tempatan (pbt) serta agensi utiliti.

“Pembangunan ini selaras dengan aspirasi negara melalui Pelan Induk PerindustrianBaharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yangturut mendorong pertumbuhan pelaburan industri hijau sejak 2023,” katanya baru-baru ini.

IOIPG menyasarkan industri bernilai tinggi yang bergantung kepada penghantaranudara serta penggunaan tenaga berskala besar sebagai kumpulan pelabur utamabagi mengisi taman perindustrian berkeluasan 130.3 hektar itu.

Chin Guan berkata, projek ini memberi kelebihan logistik sukar ditandingi bagi sektoryang memerlukan pergerakan barangan bernilai tinggi dengan segera.

“Kami menyasarkan industri yang sangat bergantung kepada pengangkutan udaraseperti barangan mewah, komponen elektronik bernilai tinggi, sektor elektrik danelektronik (E&E) serta farmaseutikal.

“Industri ini memerlukan penghantaran cepat, tepat dan selamat dan IOIIPB beradadalam kedudukan ideal untuk memenuhi keperluan itu.

“IOIIPB turut menarik minat industri yang memerlukan bekalan tenaga besar berikutankeupayaan taman perindustrian itu menyediakan tiga rangkaian talian penghantarantermasuk dua talian 275kVA serta satu talian 33kVA.

“Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk pusat data, pengeluaran elektronikberkapasiti tinggi dan sektor pembuatan yang memerlukan kuasa stabil sertaberterusan,” katanya.

IOIIPB direka dengan penekanan terhadap kelestarian melalui penggunaan bahanbinaan bercirikan hijau, pemasangan kelengkapan jimat air, sistem tadahan air hujanserta inisiatif pengurusan sisa yang menyasarkan sehingga 80 peratus bahan binaandikitar semula atau diselamatkan.

Projek ini turut menyediakan infrastruktur operasi rendah karbon seperti lampu jalansolar, bumbung sedia solar dan kemudahan pengecas kenderaan elektrik, sejajardengan komitmen pembangunan rendah karbon negara.

Dari segi kejuruteraan, taman perindustrian ini dibangunkan bagi memastikanketahanan jangka panjang melalui sistem mitigasi banjir termasuk tasik takungan danbioswale yang berfungsi merawat serta mengurus aliran air secara semula jadi.

Selain itu, akses kepada dua talian penghantaran voltan tinggi Tenaga Nasional Bhd(TNB) turut memastikan bekalan tenaga yang stabil dan sesuai untuk pengguna kuasatinggi seperti pusat data.

Source: Utusan Malaysia

Search