Bird's eye view of Zentro Residences at 16 Sierra, Puchong South
18
Aug
2024

IOI Grand 305 Giveaway' tawar pelbagai ganjaran, insentif

KUALA LUMPUR: IOI Properties Group Bhd (IOIPG) melancarkan kempen 'IOI Grand 305 Giveaway' bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang akan datang.

Kempen itu bermula dari 19 Ogos selama tiga bulan dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan insentif.

Dalam satu kenyataan IOIPG berkata, kempen bertemakan '3-0-5', satu rujukan kreatif kepada frasa Mandarin untuk pemberian hadiah atau pemberian hadiah percuma.

Katanya, menawarkan pelbagai insentif bergantung kepada projek, termasuk bonus RM3,000, faedah tiga peratus di bawah pembinaan, kemasukan tanpa bayaran pendahuluan dengan Memorandum Pemindahan (MOT) percuma, bayaran penyelenggaraan percuma selama lima tahun, subsidi ansuran lima peratus, bonus perabot RM50,500 dan subsidi pengubahsuaian.

"Bagi pembeli yang prihatin terhadap alam sekitar, kempen ini juga termasuk subsidi panel solar sehingga RM5,000 untuk projek terpilih seperti Aster, 16 Sierra.

"Inisiatif ini selaras dengan komitmen IOIPG untuk memupuk komuniti yang lebih hijau dan menyokong prinsip-prinsip alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG)," katanya.

OI Galleria dan mengambil peluang tawaran istimewa ini," katanya.

Chin Guan berkata, kempen itu juga menyokong agenda perumahan negara dengan menangani kos pindah masuk melalui pelbagai insentif, termasuk pakej perabot, subsidi pengubahsuaian, dan penyerapan duti setem MOT.

"Dengan insentif ini, kami berharap dapat memudahkan proses pemilikan hartanah, membawa pencari rumah lebih dekat kepada memiliki rumah impian mereka sambil menyatakan penghargaan kami kepada pembeli dan komuniti kami atas sokongan mereka yang berterusan," katanya.

Kempen 'IOI Grand 305 Giveaway' disediakan di perbandaran pembangunan kediaman IOIPG yang terbabit di Lembah Klang termasuk IOI Resort City di Putrajaya, serta 16 Sierra di Puchong South, Warisan Puteri di Sepang and Bandar Puteri Bangi masing-masing di Selangor.

Di Johor, kempen meliputi pelancaran menarik di Bandar Putra Kulai, Taman Kempas Utama and Johor Bahru.

Source: Berita Harian

Search