News



Bazaar Ramadhan Marriott Putrajaya

Posted on: 21 Apr, 2019

 

Salam Nisfu Syaaban. Ini menandakan lebih kurang dua minggu sahaja lagi kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan. Dah habis ganti puasa tak? Baru-baru ni masa tengah puasa ganti tu sempat lah Ney datang ke Hotel Marriot Putrajaya, IOI Resort City untuk berbuka puasa memandangkan ada preview menu Ramadhan. Nama pun Bazaar Ramadhan, maka memang meriah dengan pelbagai jenis makanan kat dalam Restoran Zest Lifestyle tu tau!

 

 

 

 

 

 

Dari tradisional melayu hingga ke makanan cina, india, thailand, jepun dan macam-macam lagi dihidangkan. Tapi konsep Bazaar Ramadhan Marriot tahun ni mengetengahkan signature mereka iaitu 7 Kawah Wak Lan. Apa tu 7 Kawah agaknya ya? Hah terhidanglah 7 kawah besar yang dalamnya pelbagai jenis lauk pauk yang korang wajib cuba. Ikan Keli Salai Masak Lemak tu paling padu! 

 

 

 

 

Selain 7 Kawah Wak Lan, malam tu Ney paling suka di section Rojak Rojak Segala Rojak. Wahhhh memang heaven betul! Tak payah nak pi jauh jauh ke Padang Kota di Pulau Pinang tu harga yahudi potong kepala kalau nak ambil banyak bahan pasembor. Kat sini makan lah dua tiga round pun takdehal. Ambil sotong, ayam, banyak-banyak suka hati. Kuah kacang terbaik pekat, tak pedas sangat dan bila digaul bahan rojak yang kita pilih, menang padu beb! Selain pasembor, ada juga rojak buah. Juga terbaik kuahnya!

 

 

 

 

 

Lagi satu Ney suka di Bazaar Ramadhan Marriott ni, Ikan Bakar Pasar Kinabalu. Serius lah tak perlu terbang ke Sabah dah bila korang tengok semua seafood fresh tergolek depan mata. Terbayang-bayang lagi kesedapan ikan bakar makan malam tu di Marriott Putrajaya. Memang isinya segar, lembut, juicy, cukup adunan rempahnya. Sedap sangat! Kalau dapat cicah air asam tu lagi kecur rasanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Teringin nak makan chinese food, pergi je di bahagian makanan cina, dimsum panas menanti korang. Teringin makanan Thailand? Tu diaaaa.... Pelbagai jenis makanan dari Siam terhidang. Nak makanan Indian? Takpe, pelbagai jenis kari, roti canai, murtabak tersedia. Apa je keinginan perut korang yang lapar tu boleh dapat disini. Kambing golek sekor pun ada tau? Tu belum Ney sebut pasal makanan Jepun. Selain sushi, ada tempura rangup belaka. Sumpah sedap tak tipu. 

 

 

 

 

 

 

 

Selain dessert dan kuih muih yang pelbagai pilihan, Ney paling semangat nak ke sini sebab tahu Bazaar Ramadhan Marriott Putrajaya ni ada durian! Ya Allah, ni memang faveret Ney. Nak beli yang timbang tepi jalan tu mahal sampai kadang-kadang RM18-25 sekilo kan? Takpe, kat sini makan puas-puas. Semua durian enak berkrim, isi tebal, manis. Puas hati!

Oh lupa pula, korang jangan risau kalah lepas berbuka tu nak berkejar kejap untuk solat. Surau yang seless juga disediakan, nak ke tandas yang bersih pun ada malah apa yang seronoknya, parking pun percuma. Korang smoking? Jangan risau! Ada tempat merokok khas untuk korang juga disediakan.

 

 

 

 

 

 

Bazaar Ramadhan Marriott

Buffet Dinner 7.00 malam - 10.00 malam

Tarikh: 6 Mei hingga 4 Jun 2019

 

Harga Normal: 

RM130 (dewasa)

RM80 (kanak-kanak)

 

Harga Early Bird (sebelum 5 Mei 2019):

RM100 (dewasa)

RM60 (kanak-kanak)

 

Promosi Bilik & Iftar:

6 Mei - 4 Jun 2019

Deluxe Room Single / Twin

RM503.90 semalam

 

- Pakej termasuk 2 hari 1 malam di Deluxe Room

- Sahur mini buffet di Zest Lifestyle Restaurant

- Berbuka puasa buffet di Zest Lifestyle Restaurant

- Free shuttle ke IOI City Mall & ERL Putrajaya Station

 

 

Amacam? Menarik kan promo? Kalau beli awal, baru RM100 je seorang! Wahhhh sangat berbaloi. Nak lebih mudah, korang boleh ambil pakej bilik & iftar tu. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi:

Ramadhan Hunting Line

03-89498888 ext 1013/1028/1029

Ramadhan Hotline

03-89498922 /8761/8655

Whatsapp

012-3930172

 
Loading...